08 May 2011

Kereta Sorong dan Adik-adikku~

Assalamualaikum dan hye semua!


Sampai sudahnya aku masih lagi tidak ada mood untuk setadi sebab mood tak datang lagi. Takpe Encik Mood, datang lambat pon takpe, aku sanggup tunggu kau hatta sampai bila-bila sekalipon.

Ni entry second tuk hari ni. Haha. Satu chapter organometallic pon kau tak sentuh lagi kan, memang terbaekk dari ladang kau ni. Ok, tajuk entry, cite pasal keta sorong. Bermula kisahnya begini.

Aku upload video adik aku (Nazri) berlatarbelakangkan lagu Soley soley dan buat gaya macam Abi Hurairah dalam cerita HKLBR tu. Pastu dengan sengajanya dan tanpa segan silunya aku mengupload video beliau itu. Tuan punya badan tak tau beb! Sekali kantoi sebab abang dia habaq kat dia. Sudahnya, mengamok dia satu kampong berlari kejar orang kampong sambil bawak senapang gajah. Ok, dia tak buat macam tu. Dia ugut nak pecahkan M380 aku. Kurang asam kau dik! Ingat aku takut ke hape??

Disebabkan itu aku teringat kat adik aku tu. Nazri tu lain spesies sikit, dia pemalu tapi bila dah sesorang tu jadi tak malu tak hengat dunia. Penuh dalam lappy aku ni video dia yang ntah hape-hape. Kau ingat kau hot sangat la nak simpan video kau dalam ni. Tapi....video dia la yang buat aku selalu gelak sesorang tak hengat study. Dia ngan adik dia (Jiha) kat rumah macam anjing ngan kucing (bukan aku nak kata adik aku sorang macam anjing dan sorang lagi macam kucing ok, kau kena faham tu). Bertekak, bergusti 24/7. Tapi yang kelakarnya bila dah ngam baik giler tu boley pulak gelak guling-guling sama-sama, main masak-masak sama-sama. Tak paham aku.

adik #4: Muhammad Nazri

paling bongsu: Siti Najihah


Mula-mula Arie kasi dengki sama adik dia.
Padang pasir pon diredahnya. (-_-')
Tengok pic ni cam sweet je diorang ni, tapi kalau dah gaduh tu kau jangan cerita la.
Kucen-kucen pon ketakutan sampai sanggup lari masuk reban ayam. 
Turn abang dia pulak sorong adik dia.
Bukak mulut nak sama gaya.


Ni gambar mereka yang dirakam pada 25 Oktober 2009.
Masa tu diorang masing-masing berumur 12 dan 9 tahun.
Semartt kan keta sorong tu ayah aku modified. Haha.

4 comments:

  1. wahh ! kereta sorong buat sendiri eh,,kahkahkah !

    ReplyDelete
  2. @hanif: hehe..recycle..sayangi alam sekitar...hee

    ReplyDelete
  3. unik! saya tak perasan gak dah di modified, bila tengok balik.hahaha.bestnya buat mainnnn!

    ReplyDelete