23 July 2011

Komander Kesatria Endurance Challenge: Day 1

Assalamualaikum semua...



Aku rasa aku boleh kot start cite pasal Komander Kesatria Endurance Challenge 2011(KKEC) yg berlangsung kat UiTM Arau, Perlis dari 16-19 July 2011 since aku telah pon berada di rumah untuk menaip segala apa yg perlu. Konsentrasi semasa menaip itu penting tahu!

Day 1: 16 Julai 2011-Sabtu

Pagi tu kami sume angkut sume barang dari Anggerik ke unit. Tu bagi siswi la. Siswa taktau cite.. Dalam jam 9 pagi bas gerak. Long journey begin. Berhenti bekpes jap kat Rawang. Makan nasik lemak RM1.50 + neskepe mocha. Hee. Makan apa yg patut je sebab aku tahu nanti bas berhenti untuk lunch pulak. Then, berhenti tuk solat jamak zuhur + asar ta'dim. Katne aku lupa sudah. Hee..



Bosan tunggu bas. Huu..

Terasa tak sabar nak sampai sebab bosan dok dalam bas lama2. Tapi best sebab dapat dengar KMdy (B) Wafi cite pasal pengalaman dia handle camping budak2 Unisel. Serram nih! Best bro!! Meme terbaik la! Pada aku dia seorang legend yg tiada tandingnya. Mungkin yg lebih senior tu ada. Tapi sebab aku tak kenal kan. Makanya sepanjang aku bergelar komander, dia la yg berada di carta teratas diikuti KMdy (B) Azari. Dua orang CC1 yg sentiasa aku kagumi. Yeah!! Proud to be a leader!

Sempat bekpes sedap tu dalam bas.


Alhamdulillah. Dalam dekat pukul 6 jugak kami sampai UiTM Arau. This is my first time menjejakkan kaki ke perlis. Dan secara tak langsungnya habis sudah satu semenanjung Malaysia aku jelajah. Yarii!! tepuk tangan untuk diri sendiri! Bangga2 (sambil senyum kambing).  Sesampai sane..check in..siswi dapat dok kat Kolej Kesinai..Tingkat 3..paling atas..Not bad sebab cantik lagi kan..Hehe.. First impression always determines the next thing.



Kami yang ceria.. (^_^)

Yosh! Pas makan kat DM( dewan makan), kami sume gerak pegi Dewan Sri Semarak  untuk taklimat, ucapan, taklimat, ucapan, taklimat dan taklimat lagi. Huu.. mengantuk dan pening. Sesampai bilik je alangkah terkejutnya kami bila melihat sangat la banyaknya makhluk Allah yg berwarna hijau di merata tempat yg boleh mengundang kegatalan tahap petala ke8. Huwaaa! Rasa macam nak nangis. Kalau kat Shah Alam, ada 3 ekor pon dah boleh buat aku tak dok diam ni kan pulak 3 mega ekor! Oh, Shah Alam..i miss u! =’(



No comments:

Post a Comment