05 February 2014

Kansai, Japan Trip: Kansai Airport

Assalamualaikum wbt.

Muqadimahnya di sini, ini first time gua naik flight. Kesian kan? At first place, gua memang tau yang Kak Yong nak backpacking dgn kawan-kawan beliau dekat Japan dan gua meronta-ronta nak ikut, tapi gua tau gua tak boleh ikut pasal gua takde duit pun nak book ticket even that time mmg AirAsia tengah buat offer. KUL-KIX pergi balik dalam 800++ gitu.

Few months after, Alhamdulillah duit gua masuk. Boleh tahan banyak jugak sampai gua sempat langsamkan hutang PTPTN yang patutnya gua settle dari time degree lagi tapi gua degil. Tolong. Jangan ikut perangai gua. Pastu gua mohon dedikasi Kak Yong bookkan tiket, kira pakej sekali la dengan ikut depa backpacking. Gua dapat tiket pergi balik RM700++. Gila semangat kau. Setiap sebulan beli barang sikit-sikit yg perlu sebab time kami pergi, Japan tengah winter.

Flight kitorang yg supposedly fly 3pm waktu tempatan delayed sejam. KUL-KIX amek masa 6jam.  Maka sampai sana mmg confirm dah tengah malam jadi mmg kitorang dah plan awal-awal utk tidur kat airport je. Jimat pun jimat. Student katanya. Pakcik-pakcik guard airport tu siap cakap kitorang boleh amek selimut lagi, tp part ni gua tak pasti. Sewa ke pinjam ke, yang penting airport warm gila dan kitorang tak perlukan selimut. Haha. Dapat pulak kerusi yg lembut mcm sofa, sorang sental 3 4 kerusi buat tidur.

Benda pertama yang aku nak tengok sesampai Kansai Airport adalah jamban mereka. Hahaha.. nak tengok betol ke bersih dan canggih seperti yang dikhabarkan. And indeed jamban dorang bersih dan canggih. Terus aku rindu jamban cangkung Mesia kau tahu. Sini takde paip air tu, semua main tekan-tekan je air terus keluar. Tapi serius, bersih gila... Dan selaku Malaysian haruslah gua jim alif kaf wau nun. 




No comments:

Post a Comment