27 April 2014

Kansai, Japan Trip Day 3: Kobe

Assalamualaikum wbt.

Ok, ni sambungan daripada #KansaiTrip gua Day 1 & Day 2.

Sesambil dengar lagu Lover Soul – Judy & Mary. Nama je Judy & Mary tapi band ni band Japan. Ekceli ni lagu pertama yang gua nyanyi sama-sama dengan Shino. Pada malam hari pertama gua jumpa beliau. Shino. Shino Nakano.

Untuk hari ke 3, kitorang plan nak jalan-jalan Kobe. Pagi tu, Shino dah sampai dekat hostel kitorang dari Nagoya.

Ayat pertama je yg Shino cakap lepas kitorang bertaaruf,

“Waahh..cantiikkk… Big eyes.”

Eheh. Eheh. FYI Shino tau few words in Malay. Macam lapar, cantik, comel, malu, kiri, kanan, boleh tak, suka. Eh banyak jugak la kalau list memang penuh 64 muka suratz.

Dan haruslah gua pun belajar banyak vocab Japan daripada Shino. Her English is good. Senang nak borak. Joke murahan gua pun beliau senang paham, apatah lagi joke gua yang harga sama dengan range rover evoque. Yang bestnya kengkadang Shino ni lurus sikit. Haha. Best tau gelakkan dia.

Ekceli (utk kali yg kedua) gua banyak dah tak ingat nama-nama tempat yg specific dekat Kobe. Kenapa? Sebab gua tak study Kobe. Lagipun Shino kan ada. Buat apa gua susah-susah. Kepala gua penuh dengan tentatif dua hari Osaka je. Gua rasa gua perlu upgrade kapasiti otak gua dari 500GB ke 1 TB.

Nak ke Kobe dari hostel kitorang, kena jalan kaki sikit pergi Shin-imamiya station sebab kena amek JR Line. Dekat Dobutsuen-mae takde JR Line. Ada subway je. Naik JR Line straight ke Osaka station, then once reached Osaka station just stay on board but change train dekat situ and heading straight to Kobe, which is Sannomiya station.


Sampai je Sannomiya station gua jadi lapar terus. Banyak kedai kek kiri kanan kau tahu. Faham tak gua memang tak breakfast pun lagi. Bau dia memang totally menggugat jiwa raga. Sambil jalan lambat-lambat macam slowmotion video tu kitorang tanya jugak la information counter how to get there and there and there. Gua je dok luar. Teringat-ingat bau kek. Lantas gua keluarkan secebis snickers dari beg.  -.-‘ 


Bas yg memang pusing-pusing area Kobe.
Kitorang naik travel bus dia. Kira one day pass jugak la bus tu. Turun naik sesuka hati. First location pergi dekat rumah-rumah lama former residences. Cantik. Unik. Ala-ala English style. Weathercock House kot nama dia. Again tolong lempang gua kalau fakta ni auta. Kan gua dah kata gua memang tak hingat hapa. 

Then jalan-jalan lagi area situ, memang suasana dia aman damai habis la. Time tu pun takde la sejuk sangat. Ala-ala sejuk Fraser Hill je bak kata Kak Yong. Rasa nak bukak coat, tapi coat berat malas nak pegang pulak. Ramai warga emas yang dok lukis gambar kat tepi jalan dan opkos lukisan mereka tahap fuuton rasen shuuriken punya awesomeness!

Aaaa Fuuton rasen shuuriken tu kalau tak tau apa tolong tanya Uzumaki Naruto.


Area English house tu. Nice, no?

Sini banyak sangat tempat cantik nak posing-posing bagai. Gua takde?..hmm..segan,
Ok gua tipu.

Sannomiya station and streets dekat area situ. 

Duta makanan. Beliau bukan saja duta makanan, malah beliau kaki posing.

potostat 1. potostat 2. potostat 3.

Melaku and melaku and melaku neh sampe sikel wes koyo arep tugel.
Jangan tak tau. Gua mixed. Javalish. 
Dekat sini banyak kedai souvenir and Kobe memang famous dengan kedai-kedai sweets, cookies, pudding and chocolate dia. Selaku kaki shopping dan hantu cokelat handalan, khidmat Shino sangat sangat diperlukan time ni. Yela gua mana faham katakana mahupun hiragana. Gua capai berkotak-kotak cokelat lantas gua hulur pada Shino sambil berkata “Shino, can we eat this?”. 

Kehadiran Shino memang satu rahmat bagi kami sebab kalau dia takde kitorang memang taktau apa boleh makan apa tak boleh makan. Kalau ada ingredient dia yang ada sake or whatsoever nanti Shino bagitau. Sepanjang kat kedai cake, cokelat dan pudding tersebut gua rasa Huda banyak keluarkan ayat ni. Kak Yong pun.

“Eh, ce tanya dia ada tester tak yang ni?”
“Laa…yang ni takde tester ke?”
“Ni macam sedap je weh.”
“Weh weh tengok ni cheese dia bapak tempting.”


Ada la sum up lebih doploh kali gua dengar. Keluar dari kedai tangan kiri kanan penuh beg plastik. Siryes wehhh..rasa nak beli semua!

Atas kiri tu kedai kek di mana Huda & Kak Yong dok sebok pekena tester.
Atas kanan & bawah kiri tu antara kedai halal dekat Kobe. Dekat-dekat dgn masjid.
Bawah kanan: gua saja mau show off. -.-

Lihatlah betapa gembiranya gua dan Huda setelah keluar dari kedai kek di atas tadi.

Kobe Muslim Mosque.
Kalau datang Kobe, make sure singgah masjid ni. Wajib.
Jalan punya jalan, kitorang sampai Kobe Mosque. Tempat yang memang gua nak sangat pergi once dah sampai Kobe. Kobe mosque ni dekat area Kitano-cho and is Japan’s first mosque. Paling best sebab dapat zohor dekat sini.

Tapi ada lagi yang paling best. First time dekat Japan gua jumpa toilet yang sebijik version toilet Malaysia. Lantas gua lari dapatkan Kak Yong.

“Weh, kalau kau nak membuang sekarang inilah masanya!”

Semangat kot. But the big problem is that time winter, and takde heater pun dalam toilet tu. Jadi boleh imagine sejuk dia macam mana? Tangan gua beku. Muka gua pun dah macam kena renjis dengan liquid nitrogen.

Dan kendian Kak Yong reply…

“Alaa….tak rasa nak membuang.” disertai muka frustration.

Take note dialog di atas telah diubah sesetengah perkataannya bagi mewujudkan suasana selesa dalam kalangan pembaca. Dalam rutin harian kami, kami tidak menggunakan perkataan ‘membuang’. Kami guna perkataan lain yang memang korang pun guna. 

Yang bawah kanan tu kek sweet potato kau tahu?
Alaaa...keledek je pun. Rasa dia macam keledek goreng jugak.
Takyah nak jealous sgt.
Dekat area Kitano memang banyak halal groceries. Gua sempat rembat cokelat Cadbury yang gua tak pernah jumpa kat Mesia.But fyi gua tak rasa pun cokelat tu sebab adik-adik gua semua mambang cokelat. Pantang ada secebis sokelat dalam peti sejuk memang tak sampai seminit cokelat tu duduk dalam tu.

After solat dekat Kobe Mosque, kitorang kelaparan. Then Shino ajak makan dekat kedai kek yang before ni dia selalu pergi. Dia kata kedai tu okay since ingredient dia semua halal. Cakes depa lagi tempting dari Secret Recipe. Nak pilih makan kek apa pun dah dekat setengah jam.

Time tengah tunggu kek sampai, tetengah gua bercakap dengan Kak Yong gua  terkeluarkan bahasa pasar gua. Gua tercakap.. “Bapakk banyaakk.” Dengan semangatnya. Gua lupa gua sembang pasal apa.

Suddenly Shino ajuk gua. “Bapak banyakkk.” Dengan penuh semangatnya dan dengan pasarnya macam gua. Then semua orang macam freeze sekejap.

Sebab terkejut dan tergamam. Pastu semua berdekah macam tertelan happy pills. Kau boleh bayangkan tak cemana minah Jepun cakap melayu guna bahasa pasar kita-kita? Sooo Shino.

See. Jam 5.30 petang dah nak Maghrib.
Kat Mesia pukui 4.30 baru masuk Asar. 
Jalan punya jalan punya jalan lagi around Sannomiya station tu then kitorang decide nak ke Kobe Port. Untuk tengok Kobe Port Tower, Maritime Museum and affected area time gempa bumi yang melanda Kobe tahun 1995. Great Hanshin earthquake. Memang ada pun lampu-lampu and sebahagian daripada tebing-tebing tepi sungai tu yang sengaja dibiarkan dan tak dibetulkan. So that people will know how that earth quake changed Kobe. Time kitorang sampai ngam-ngam masuk waktu Maghrib. Night view dekat sana memang awesome. Cantik. Breathtaking. Inhaaaaale. Exhaaale.

Kobe Tower & Museum of Maritime.





Cari jalan pulang sampai sesat-sesat dalam shopping mall. Ok, tipu. Takde la sesat pun, dah memang nak ke train station tu ikut shopping mall. Tetibe nampak kedai 100yen (~RM3.25). Melompat gembira Kak Yong. Tak ingat dah beg plastik kiri kanan yang penuh cokelat dan cookies. Barang 100yen tetap wajib dirembat sekilo dua. Since plastik berat amat, gua beli barang-barang yang ringan je. Yang berat gua sayonara siap-siap. Tapi serius takde sapa boleh lawan keberatan beg Kak Yong. Kak Yong memang ratu shopping. Gua memang surrender awal-awal.

Malam tu kitorang mentekedarah kat hostel je. Instant porridge dengan Maggi dengan fast food dalam tin tu. FYI Shino sangat suka Maggi tomyam. Since gua bawa banyak sgt maggi tomyam gua bagi semua dekat Shino. Gua nak menatap maggi tu pun tak larat dah. 

"Oishi ne, Shino-chan?"

Gua bajet macam Shino tu muda 10 tahun je gua nak panggil dia Shino-chan. -.-
Time kasih baca. OKbai.